Empat Golongan Penentang Kebenaran

siapakah 4 golongan tersebut???
1) Orang yang Jahil
golongan yang melanggar hukum, tidak mentaati undang-undang Tuhan atau hukum-hakam agama kerana mereka tidak tahu (Jahil). Golongan ini mudah ditangani iaitu dengan cara diberi ilmu dan kesedaran yang berterusan.

2) Tidak Mampu melawan nafsu
mereka ini melakukan kejahatan bukan kerana dia tidak tahu,tetapi kerana tidak mampu meninggalkannya akibat dipengaruhi hawa nafsu. Golongan ini perlu ditangani dengan cara mendidik dan mengawal untuk menyalurkan hawa nafsu mereka mengikut peraturan-peraturan Islam.

3) Mempunyai Kepentingan
golongan ini sukar kita hadapi iaitu orang yang mempunyai kepentingan dengan kemungkaran atau kejahatan yang dilakukan. mereka mempromosikan kemungkaran kerana mendapat keuntungan peribadi melaluinya.

4) Ada Isme Perjuangan
golongan ke empat ialah orang yang melakukan kejahatan kerana merasakan perbuatan itu satu kebenaran. sebaliknya mereka meninggalkan kebenaran kerana merasakan amalan itu satu kejahatan..

~Siapakah Kita?? ~


1. Sesungguhnya berjayalah orang-orang Yang beriman,
2. Iaitu mereka Yang khusyuk Dalam sembahyangnya;
3. dan mereka Yang menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan Yang sia-sia;
4. dan mereka Yang berusaha membersihkan hartanya (dengan menunaikan zakat harta itu);
5. dan mereka Yang menjaga kehormatannya, -
6. kecuali kepada isterinya atau hamba sahayanya maka Sesungguhnya mereka tidak tercela: -
7. Kemudian, sesiapa Yang mengingini selain dari Yang demikian, maka merekalah orang-orang Yang melampaui batas;
8. dan mereka Yang menjaga amanah dan janjinya;
9. dan mereka Yang tetap memelihara sembahyangnya;
10. mereka itulah orang-orang Yang berhak mewarisi -
11. Yang akan mewarisi syurga Firdaus; mereka kekal di dalamnya.

Surah Al-Mukminuun Ayat 1-11.

~DOA-DOA HARIAN~



~Rujukan P&P~